Jom Klik

Jadual Pengambilan Vitamin


PANDUAN MENGAMBIL VITAMIN

VITAMIN LARUT AIR ( B & C ):Seeloknya dimbil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berminyak / berlemak.

VITAMIN LARUT LEMAK ( A,D,E,K ):
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makan berminyak / berlemak.

OSTEMATRIX ( KALSIUM ):
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman membantu kita tidur, kalsium dikatan ada fungsi yang sama.

LECITHIN:
Diambil bersama2 vitamin larut lemak yang lain.

TIDAK DIGALAKKAN:
- Mengambil ALFALFA bersama-sama VIT E kerana ia boleh menganggu penyerapan alfalfa
- Mengambil suplemen zat besi ( iron ) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh menganggu penyerapan kalsium. Walaubagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 Vitalea jadi jika boleh ambil keduanya pada waktu yang berlainan. Elakkan pengambilan multivitamin yang mengandungi iron bersama minuman tenusu kerana boleh mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan.
Ambillah vitamin pada kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan yang berlebihan terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan didalam badan dan menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan diatas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamat dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini:

Selepas sarapan pagi : B Co & Zink
Antara sarapan & makan tengahari : Segelas minuman bancuhan ESP
Selepas makan tengahari : Vit C & Vitalea
Antara makan tengahari & malam : Segelas minuman bancuhan ESP
Selepas makan malam : Vit E & Omega

Lecithin & Alfalfa boleh diambil sebelum ( bagi Lecithin dan mereka yang berdiet ) ataupun selepas makan ( pagi, tengahari, malam )

Credit to Surijunior.

No comments:

Post a Comment